MAC 2024

Premier Adakan Lawatan Ke Hep Kota 2 Lawas


LAWAS, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abanag Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg mengadakan lawatan kerja ke Stesen Mini Janakuasa Hidroelektrik (HEP) Kota 2 di Lawas pada Khamis.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, CEO Kumpulan SEB Datuk Sharbini Suhaili serta dif-dif kenamaan lain.

Ketika sidang media ringkas selepas sesi lawatan berkenaan, Premier berkata  Sarawak sasar Jana 10GW tenaga menjelang 2030. Kerajaan Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) mensasarkan untuk menjana 10GigaWatt (GW) tenaga menerusi gabungan hidroelektrik, solar dan gas menjelang tahun 2030.

Tambah beliau lagi, beliau yakin SEB berupaya mencapai sasaran tersebut dengan adanya pendekatan baru dalam menjana tenaga serta hala tuju jelas yang telah ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili.

Terdahulu, Premier Sarawak bersama tetamu kehormat lain turut serta dalam sesi soal jawab bersama pihak SEB.

Beliau kemudiannya mengadakan lawatan ringkas ke loji berkenaan sambil diiringi dif-dif kenamaan yang lain.